Alamat

Persiaran Puncak Alam 1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia

Phone03-3392 2811//14

Fax: 03-3393 8427

Waktu Operasi Pejabat 

Isnin - Jumaat 8:30am-05:30pm

Sabtu - Ahad 8:30am-12:30pm

Email: info@masjidpuncakalam.my

Sosial Media
  • Facebook Social Icon
Download Apps Store

© 2017 design by MPA IT.

SUBSCRIBE FOR EMAILS

Kemudahan

Kemudahan & Fasiliti yang bersih dan moden memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadah kepada Allah swt.

Pusat Penyembelihan Haiwan Ternakan Masjid Puncak Alam menjadi masjid pertama di negara ini yang memiliki pusat penyembelihan dengan kemudahan mesin yang mematuhi garis panduan syarak. lanya menjadi satu-satunya masjid di negara ini yang mempunyai
 

Mesin Penyembelihan Hidraulik yang direka khas oleh Zull Design Autotronic yang diuruskan oleh pereka cipta peralatan berteknologi Zulkifti Haron. lanya membuatkan mesin itu menjadi lebih efektif apabila ia dilengkapi dengan peralatan untuk proses melapah, memotong dan pembungkusan serta pengagihan. Pusat penyembelihan ini dibina di dalam kawasan masjid, jadi ia mesti sentiasa berada dalam keadaan bersih sesuai dengan syariat Islam yang mementingkan kebersihan terutama di masjid itu.
 

Set lengkap penyembelihan ini memang teratur dan aspek kebersihan sangat ditekankan. Bukan saja kawasan masjid terjaga, malah daging yang diproses juga terhindar daripada segala kekotoran.

1/9
1/11
Cafe5 Masjid Puncak Alam yang mula beroperasi pada bulan Mei 2016 yang diuruskan oleh Puncak Seri (M) Sdn BHd adalah milik sepenuhnya Masjid Puncak Alam.
Pelbagai juadah disediakan bermula sarapan seawal 7:00 pagi dengan hidangan roti canai, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, mee kari dan banyak lagi juadah tradisional. Hidangan lauk pula disediakan secara pakej seawal jam 11 pagi. Masakan ala carte dan western juga ada disediakan pada sebelah petang bagi memenuhi selera pengunjung.
Selain itu, cafe5 juga ada menyediakan perkhidmatan katering dengan harga yang berpatutan. Apa yang pasti Cafe5 menjanjikan makanan dan tempat yang selesa, bersih dan halal.

Pada hari Sabtu 27 Januari 2018, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail telah melawat Kedai Gunting Rambut Masjid Puncak Alam bagi memastikan kedai yang baru siap dibina itu lengkap dan sempurna untuk dibuka kepada kariah. YBhg Tan Sri sendiri memberi servis memotong rambut salah seorang staf beliau yang bertuah, En. Kamim. Turut mengambil peluang untuk mencuba perkhidmatan ini adalah Ahli Lembaga Tadbir Masjid, Hj. Padali Yusuf dan Pengurus Masjid Puncak Alam, Dr. Hj. Shuhadak bin Mahmud.

Kedai Gunting Rambut ini telah mula beroperasi pada Isnin 5 Februari 2018 bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam dengan dua orang pekerja tempatan yang mahir.

1/8