Alamat

Persiaran Puncak Alam 1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia

Phone03-3392 2811//14

Fax: 03-3393 8427

Waktu Operasi Pejabat 

Isnin - Jumaat 8:30am-05:30pm

Sabtu - Ahad 8:30am-12:30pm

Email: info@masjidpuncakalam.my

Sosial Media
  • Facebook Social Icon
Download Apps Store

© 2017 design by MPA IT.

SUBSCRIBE FOR EMAILS

Pengenalan

Sejarah

Masjid Puncak Alam telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd. Dengan komitmen yang jitu terhadap membangunkan Kompleks Masjid Puncak Alam, YBhg. Tan Sri telah membentuk jawatankuasa pembangunan kompleks masjid serta memulakan pembangunan fisikalnya pada 1 Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2014.

Kompleks Masjid Puncak Alam terletak di Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Puncak Alam. Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan Bangunan Utama Masjid, Bangunan Dewan Serbaguna, Bangunan Kuliah dan Pentadbiran, Bilik Pengurusan Jenazah dengan fasiliti tempat letak kereta yang selesa. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan sekitar 5,000 jemaah. Masjid ini secara rasmi telah dioperasikan bermula dari 22 Jun 2014 bermula dengan solat maghrib. Dengan kewujudan Masjid Puncak Alam ini, pelbagai aktiviti masyarakat Islam di kariah ini telah berjalan dengan lebih baik dan bersepadu.

Objektif

Untuk menjadikan Masjid Negeri pusat kegiatan ummah dan lambang terpancarnya nikmat fizikal, material serta spiritual didalam mencari keredhaan Allah s.w.t

Visi

 

Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan mempelbagaikan aktiviti dan program pengimarahanan kepada seluruh masyarakat kearah pembangunan masjid cemerlang serta membina modal insan yang tauhidi.

Misi

 

Menjadikan pengurusan masjid lebih teratur, cekap dan sistematik yang berasaskan pengurusan Islam (Al-Quran dan Hadith) yang akan dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan dan berkemahiran dalam pengurusan masjid

Bagi mencapai visi dan misi tersebut

Masjid Puncak Alam akan berfungsi sebagai :-

• Pusat penyebaran ilmu dan dakwah berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

• Pusat aktiviti membangunkan ummah dengan mengamal dan menghayati Budaya Islam merangkumi (lbadah Khassah) sosial, ekonomi, politik dan lain-lain.

Pusat rujukan ilmu-ilmu Islam dengan menyediakan pusat sumber yang lengkap sebagai pusat rujukan, Pusat aduan masyarakat setempat melalui Biro Pengaduan dan Bantuan Awam yang dikendalikan oleh pegawai Kaunseling Bertauliah.

Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan mempelbagaikan aktiviti dan program pengimarahanan kepada seluruh masyarakat kearah pembangunan masjid cemerlang serta membina modal insan yang tauhidi.

Kata-Kata Tuan Pengerusi

 

Masjid Puncak Alam diharap dapat membantu dan memperlengkapkan usaha-usaha ke arah membangunkan modal insan kamil, dengan mempertingkatkan taraf ekonomi, pendidikan, sosioekonomi melalui program dan aktiviti untuk kecemerlangan Ummah.